Khamis, 30 September 2010

camping lagi :))


dengan semangat yang berkobar2
dengan langkah yang penuh gaya
dengan degupan jantung yang seiring sejalan seirama
saya menuju ke tempat yang dimaksudkan

saya cek nama betul2
erkkkk

bahagian keselamatan : cik Siti 

ayoyo
bling2 mata
dalam kepala dah terbayang....


uhuk2
tgok rakan partner
waaaa~
gandingan mantap
ekekeke

confirm, meletop!
:))

untuk apa?

Perkhemahan Integrasi SMKSS
22-24 Oktober
dan seperti biasa
orang bujang telajak mmg dirayu diperlukan


.

Rabu, 29 September 2010

penghulu segala penjaga


PMR
(4-11 Oktober 2010)

PTK
(16 Oktober 2010)
baru plan nak g bukit tinggi

SPM
(23 November - 23 Disember 2010)

oooo~
saya rasa saya la yang paling sibuk
PALING SIBUK
kehulu hilir
jalan sana jalan sini
..
kawan2 kata

xpe la siti, dapat elaun..masyuk

ok la 2, boleh claim 

selagik bujang ni siti, tahun depan dah xleh

siti, awat hang kena semua


saya kata

bila masa nak balik johor??

Selasa, 28 September 2010

episod kali ini adalah tentang tetamu

dalam perhimpunan minggu ni
saya malas nak amek port kat bawah
saya dok atas pentas
waaahhhh~setelah sekian lama tak merasa
dan terasa seperti artis terpopular di Malaysia
ceh...perasan

bila tiba sesi tazkirah,
saya dipelawa oleh ustad
ustazah siti, kamu bacakan tazkirah ni
wah~ saya senyum comel
tak mahu la pak ustad..belum layak ~
(ustad senyum kambing. jahat!)

tazkirah kali ni betul-betul menarik minat
minat yang mencurah2 ke ladang gandum
:)) kisahnye berkaitan tentang tetamu..

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:

- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis
- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.
- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.
- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.
- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan 
- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.
- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan tidak bermegah-megah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).



Isnin, 27 September 2010

ahad punya cerita

Ini Kuala Selangor punya versi
Soleh dan Mima
~
semoga ikatan yang baru dibina ini
sentiasa di dalam kasih sayangNya
:))


jauh gak la nak ke Kuala Selangor
pemandangan die sejuk jek 
:))



beberapa aksi comel kami
:))
mungkin pencahayaan yang kurang,
jd saya nampak gelap
(padahal mmg gelap!)

Mungkin

mungkin


dan

mungkin!!


Ihsan gambo dari Zaifah Azny merangkap sahabat saya

Ahad, 26 September 2010

sabtu dan ahad yang penuh


"Sultan Iskandar sultan Melaka,
abad empat belas kisah bermula,
kami datang bersama bahtera,
adat resam menjadi gempita"

~






buat rakan saya, Azwan rosli dan isteri 
Selamat Pengantin Baru
semoga ikatan ini berkekalan
dan
sentiasa di dalam kasih sayang-Nya

Jumaat, 17 September 2010

bila sudah digelar tunangan orang :)

ni la kami
geng johor sejak kat upm lagik
teringat lagik zaman2 kanak2
tup tup
salah seorang dari kami dah pun digelar tunang org
wahhh~
tahniah ye
semoga ikatan ini berkekalan ke jinjang pelamin
:))


saya ditanya lagi
ko bile weh
ha ha
nanti2 la..kan masih muda
:))

saya dan cik tunang orang

3 of us

Rabu, 15 September 2010

saya perlu terima

14 September 2010
saat ini, air mata jatuh tak henti2
surah yassin diulang berkali2
sesekali diselang seli dengan alunan zikir
kadang-kadang terdengar esakan kecil
saya bisikan kalimah suci Allah ditelinganya
..lailahaillaallah..lailahaillaallah...
saya pandang jam
hati terlalu sebak..terlalu sayu
terkadang air mata menitik membasahi tudung
saya pegang anggota badan dia
terasa sejuk..sangat sejuk

Semalamnya...
dia melambai saya dan tersenyum
saya tersedar...ah..mimpi rupanya
saya pandang dia,hati jadi terlalu sayu
jam menunjukkan pukul 3am
dalam hati berbisik..YA ALLAH, kau permudahkanlah urusanya..
saya panggil doktor..saya mahu tahu perkembangan dia

14 September 2010
saya pegang tangan dia..sejuk
nadinya semakin lemah
tekanan darah semakin tak menentu
saya bisikan lagi kalimah suci ..Allah..Allah
saya tahu, dia sedang berdepan dengan sakaratulmaut
mak, kakak, adik dan makcik tak putus2 membacakan yassin


14 September 2010
saat2 terakhir, mak nampak dia menarik nafas
terlalu dalam...dan dilepaskan perlahan2
adik saya masih setia membisikan kalimah suci
dan alat pernafasan masih lagi mengepam oksigen
nadinya sudah tidak dapat dikesan
tekanan darah menjadi kosong
........

14 September 2010
saya usung dia ke tempat mandi jenazah
hati terlalu sayu..sebak..
saya perlu kuat,,saya perlu redha
saya mandikan dia..saya bersihkan dia
seakan-akan dia mandi masa hanyatnya ada
putih bersih..~
saya tahan air mata
sebab dia pernah pesan
kalau aku mati, ko jangan nangis
saya pakaikan dia kain kapan
saya cium dahi dia...masih terasa hangat~
saat disorong ke van jenazah
air mata tumpah juga..tak henti2 mengalir
saya perlu redha..saya perlu kuat
dia pergi menghadap illahi
dia pergi setelah 24 tahun 10 bulan 29  hari membesarkan saya
dia pergi pada usianya 80 tahun
dia pergi setelah sempat merasa titik peluh saya

14 September 2010
saat tahlil dibacakan, saya kalah lagik
air mata menjadi  peneman setia
saya tahu, dia tak akan kembali
saya lihat mak saya..ketabahan dia buat saya sebak

15 September 2010
kami mengadakan tahlil ringkas di pusaranya
hanya kami anak beranak..
terlalu sayu mengenangkan pemergiannya di waktu aidilfitri
terlalu sebak mengenangkan memori terakhir ketika bersama
terlalu sedih mengenangkan kasihnya yang terasa sehingga kini
mak cakap  di pusaranya
mak...kami anak beranak rindukan mak..
kami redha dengan ketentuan ini
moga mak aman di sana~
dalam hati bersyukur kerana pemergianya tidak diiringi dengan raungan tanda tidak redha
saya tahu, dia hanya dipinjamkan
kerana sudah tiba masa untuk Allah ambil kembali apa yang telah dipinjamkan

15 September 2010
saya masih rindukan dia



Al fatihah buat arwah nenek saya yang meninggal dunia akibat kencing manis dan jangkitan paru2..moga rohnya didalam rahmat dan kasih sayangNya~amin..buat kawan2 terima kasih atas sokongan..lin, huda dan azhar..korang sampai umah malam 2 kul bape ek ??

Khamis, 9 September 2010

abg polis!!! sila tangkap jiran saya :))

opooccoooooooooooooooooooooooot
terkejut tau i..hadoooooi

opooooooocoooooooooooottttttttttttttttt
hoi..adoyai

weh..aku terkejut sampai terkentut
hak hak hak..cam nak bagi pelempang maut kat adik
saya buat muka macam the rock
IT IS SMEEEEELLLLLLLLL~hoi..bau cam bangkai!

tangan ligat mesej kawan saya..dia POLIS
wak...datang sini, tangkap jiran saya...cepat
eh..eh..lupa..kawan saya kat sepang la..hihi

hish..
bunyi mercun sana sini..hadoi..terkejut tau
meriam buluh adik saya toksah cakap la
sampai habis blerang 2 kilo..haih..
tapi ni la suasana malam  raya kat kg saya tiap2 tahun
meriah tau~belum lagik ngan lampu pelita..
lip lap sana sini..
tak cukup dengan lampu, batang pokok pun dicat warna warni
hamboi..hamboi..~

esok, saya mahu ke hospital melawat nenek saya
rutin harian sejak cuti sekolah bermula
sedih???
mestilah tp saya kena redha
saya tahu, ALLAH lebih mengetahui

ops..lagi satu
buat teman baik saya
SELAMAT PENGANTIN BARU
dia akan bernikah pada raya kedua
apa2 pun selamat la untuk semuanya
semoga menjadi suami yg soleh..suami yang diredhai~amin
:))

teringat lagik kata2 dalam dialog SYURGAMU RAMADHAN
::kamu jangan terlalu bongkak, ego, sombong sedangkan semuanya itu hanya pinjaman dari ALLAH::
sedap kaaaaaaan dialog ni~
cam nak makann tv kat depan ni..wahaha

semua sekali, SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, 7 September 2010

selamat..selamat..selamat

pejam celik..pejam celik..pejam celik
dah nak raya rupanya
belum puas rasanya bersama ramadhan
Alhamdulillah..saya masih diberi kesempatan

bila time2 nak dekat raya camni
saya mesti jd bibik sepenuh masa
buat kueh????erk...TIDAK
sebab saya tak suka buat kueh
tapi makan kueh suka la :))) lalalalaalla
kewajipan saya mengemas kelliling rumah
hehehe..abes togel pokok mak saya
almaklumlah...SAINS PERTANIAN punye org
:))
bile duduk2 ngan mak, mesti cerita zaman raya dulu2
masih ingat lagik bila saya guling2 nangis
????
syyy~malu bila nak cerita zaman dulu kala

..
..

buat semua kaum keluarga, sahabat, teman, guru, anak2 dan semua yang bergelar muslim...SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN atas semua kesilapan sama ada sengaja atau tidak sengaja :))

teristimewa buat anak2...cikgu harap kedatangan syawal ini  menjadikan diri kamu sebagai seorang insan yang lebih baik dari semalam..insyaALLAH



errr....ada sapa2 yg nak bagi saya duit raya x
kan belum kawen....~hahahaha

lagi beberapa hari

kira2..main kira2..dah nak dekat




tik tok

tik tok

tik tok


uish....bedebar

Ahad, 5 September 2010

ehem-ehem..ada jejaka di balik ALZA putih

masa perjalanan balik JB
saya singgah di Melaka..amek adik saya di UTEM
masa tu dlm pukul 600pm
pikir2, saya rasa perlu berbuka di Melaka
apa lagik, trus g maydin..bungkus makanan
pas berbuka, saya ke masjid Al-Alami :))
kul 815pm baru gerak balik JB

sepanjang perjalanan,
ehem-ehem
saya nampak saingan saya
alza putih menawan
mentang2 saya hanya si classy purple
nak dijadikan cerita, kami berlumba rupanya
lepas dia potong saya,
saya potong dia..hehe
macam 2 la kami sepanjang perjalanan bermula di Tangkak
sehinggalah ke tol skudai
hahahaha
xla mengantuk kaaaaaan~
tiba ditol skudai, dia buka tingkap..ehem2
kami berbalas senyum
masih ingat lagik JMC ****

bila pikir balik,
dia ni salah seorang fan club alza yg kat putrajaya ke?
aiyooo~

sang jejaka, saya masih setia :)

Jumaat, 3 September 2010

esok..saya mahu pulang :))

tadi masa kat skolah, de sesi salam2
trasa cam hari raya lak
peluk sana, cium sini
opssssss~
ni dalam bilik guru jek tau
akak2, sebab saya paling muda
selamat bercuti ya
semoga selamat pulang ke kampung
tak leh wish selamat hari raya lagik sebab dlm mood puasa :))
saya ditanya soklan cepu cemas!!
siti, pas raya bertukar status ka??? :))
hamboi..hamboi..!!

untuk hari ini, saya hanya ada 1 waktu
2 lagik kelas relief,
klas yg saya relief 2, kelas moral
mula2, kelas sunyi sepi sebab dorang tahu saya cmana
bila kluar, Tinesh a/l Thiru kejar saya
dia kata
::cikgu, selamat hari raya::
dia hulur tangan mahu salam
:)) terima kasih

baliknya saya dah jadi macam artis
dikerumuni anak2..suka tau
terasa macam miss world seri serdang
hehehe :))
ilyas (penjaga kreta saya)..terima kasih sebab susah payah cari saya

untuk anak2
selamat bercuti
manfaatkan masa cuti kamu
jangan sakiti hati ibu dan ayah
daaaaaaaaaaan paling penting
ulangkaji jangan ditinggal
naik sekolah ada PAT..

selamat berpuasa
selamat mengejar keberkatan ramadhan


salam sayang,
cik siti

Khamis, 2 September 2010

anak-anak saya


^_____________^

kenapa??
hik hik
saya suka

penat tau membebel
sebabnye mengajar topik perniagaan dan keusahawanan
banyak membebel dari amalinya
tak macam topik elektrik, paip..
kadang2 saya selitkan unsur2 humor 
nampak la gusi anak2 saya :))
hak hak hak

balik bilik guru
ade 1 plastik
ermmmm~ader bom ke??wakakaka
plastik 2 kaler pink~
dalamnye ada isi kad2 raya :))
heee~suke tau
pandang kiri..pandang kanan
saya senyum
pandang lagi kiri dan kanan
saya senyum

dari siapa??
anak2 saya la~dari macam2 kelas
ingatkan dah tak dapat kad raya
tapi kali ni...weeeeeee~
suka
tapi siapa ek yg tolong masukkan dalam plastik???antu raya kaaa~

dalam banyak2 kad saya
saya pandang 1 kad yang agak berlainan
hasil dari buatan tangan..kira home made la :))
dalamnya ringkas saja
...cikgu, saya sayang cikgu sebab cikgu selalu percayakan saya...
sedih tau!
anak saya yang ini lelaki
agak nakal..tapi saya selalu dekati dia
pujuk dia supaya tak ponteng
pujuk dia supaya tak melawan cikgu
selalu percaya pada kata hati..dia boleh berubah!!
alhamdulillah..kelas saya dia tak pernah ponteng

anak2..terima kasih tau
saya sayangkan kamu juga
:))



kamu tak rasa ke yg saya  suka sekarang