Khamis, 31 Disember 2009

2009

Reaksi: 

hari ni hari pertama di dalam tahun 2010..hehehe...bila imbas balik tahun 2009, terlalu banyak perkara yang telah melengkapkan kisah suka duka dalam hidup saya..(tetiba terkenang peristiwa lama) jom kte zassss~

antara perkara2 yang saya xboleh lupa :

1. 12.3.2009 ~ masa 2 kami semua berkumpul kat rumah sewa madi..bakar2 ayam, mkan nasi lemak, buat 'coslow' dan potong kek yg 1/2kg ramai2...ohhh~rindunyer part minta maaf sesama sebelum g latihan mengajar~

2. masa praktikel kat smk mambau...terlalu banyak peristiwa yang berlaku...suka, duka, gembira. tertekan dan mcm2 lagik la...oooo~paling tak boleh lupa bila kami diserang sesuatu yang tak boleh dilihat dengan mata kasar...huissss~takutnyer~ masa ni juga saya diuji dengan ujian yg terlalu berat...oh~biarlah...saya sudah mula melupakan sedikit demi sedikit...dunia ini hanya pinjaman bukan? buat farhana, nurul, fais, tarmizi, cikgu ros, cikgu lee, cikgu shely dan kwan2 di mambau, terlalu banyak kenangan yg membuatkan saya rindukan kamu semua

3. sg congkak..1st time saya drive dalam muatan yg ramai..hehehe...tp sampai gak kat sane..terima kasih ye kekawan sebab melantik saya menjadi pemandu kamu!!!! =)

4.family saya bersatu kembali dalam suasana hari raya pertama =) memang benarlah seperti apa yg tercatat T_T

5.saya mendapat kerja tetap sbg seorang guru di smk seri serdang..alhamdulillah~tp dalam kesyukuran ini, saya agak terkilan kerana ada kawan2 yg masih menunggu jawapan yang tidak pasti...haih~

6. saya ada Arissa Sofea Muhd Zahid dan Mohd Sharizal Boahari yang benar2 menggembirakan hidup saya..semoga kebahagiaan ini akan semakin bertambah..terima kasih ALLAh

dan buat semua~semoga 2010 akan memberikan sinar baru dalam hidup kita..

Isnin, 28 Disember 2009

smkss~here i go~

Reaksi: 

smk seri serdang akan jadi sekolah pertama saya
dan
esok akan menjadi hari pertama saya untuk menjadi seorang guru..
kalau tak silap saya mengajar sesi petang =) (leh tido lame)

alhamdulillah...
urusan saya dipermudahkan
dan 
buat arisa...kamu akan membesar bersama acik
=)


Rabu, 16 Disember 2009

syukur padamu tuhan

Reaksi: 

harini dapat lagik kiriman sms..

"nok, aku dapat pahang..pagi tadi tepon JPN pahang"

haih...saya terkedu sekejap...xboleh jadi ni..saya trus roger kakak..mintak dia check name list kat JPN selangor..alhamdulillah..nama saya tersenarai di situ~

dan ini bermakna debaran saya dah pun berakhir...syukur~maka bermulalah satu tanggungjawab baru untuk saya..besediakah saya kali ini???

tapi...masih ada satu perkara yg membuatkan saya masih rasa kecewa..apa ya? saya ternampak artikel ini..."Bila ALLAH cepat makbulkan doaMu, maka Dia menyayangimu Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, Bila ALLAH tak makbulkan doa mu maka Dia merancang sesuatu yg Lebih baik buatmu!!!! buat kembaran saya...apa pun jadi..kamu tetap yg terbaik pada saya..saya selalu doakan yg terbaik untuk kamu..sabar ya

nampaknya kali ini selangor akan jadi tanah tumpah baktiku..ececeh..johor??mestilah tetap no 1.."arisa lahir di selangor, kakak duduk di selangor, belajar di selangor, dan ehem-ehemku org selangor jugakah?? =)"

Jumaat, 11 Disember 2009

tenanglah wahai hati~

Reaksi: 

pagi tadi semasa saya kyusuk menjahit manik di pakaian saya, saya terima satu kiriman sms..ringkas dan padat tapi sudah cukup membuatkan hati saya tak senang sehingga ke saat ini..dan mugkin berlarutan sehingga ke hari esok, lusa, tulat dan seterusnya mungkin..bla bla bla

saya cuba hubungi kawan2 yang terdekat..mereka berkongsi rasa dan perasaan..haih..yg pasti saya dan mereka dapat rasakan rasa kecewa,geram, sedih dan takut!!!..xpe2..saya percaya, manusia yg diuji tanda kasih Allah terhadap hambanya..sabar ya kekawan (dan untuk saya juga)..sama2 la kita berdoa, tunggu dan lihat..moga ujian kali ini akan lebih menyedarkan kita dengan hakikat kehidupan T_T ~ saya teringat kata2 dari kawan saya ketika saya menerima berita sedih.." kita tak diberi dengan apa yang kita minta sebaliknya kita diberi dengan apa yang kita perlukan..kerana..DIA Maha Mengetahui.."

dan sehingga pagi ini, ramai kawan saya xboleh nak tido..takut meghadapi hari esok~dan saya??berkali2 mahu lelapkan mata tapi masih tak berdaya..saya gementar..saya risau..YA ALLAH..sudah bersediakah saya????????


"..kau datang ketika duka

dan bintang bercahya tunjuk ku ke jalan syurga

ku haus di tengah laut lemas mencari tempat berpaut

kirimkan aku kekuatan tetap pedoman di kesesatan

ku sunyi dalam gembira

perit pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali yg suci dr hina dan benci

terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak cinta yg ku damba

tiada yg sempurna hanyalah fana

tuhan ampuni hambamu...."

*saya terima panggilan dr imran..terima kasih ya...waaaa~

*Ya Allah..permudahkanlah urusanku*

Isnin, 7 Disember 2009

saya belum sempurna

Reaksi: 
BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

**saya dapat kiriman email dari kawan..apakah??**