Khamis, 31 Disember 2009

2009

Reaksi: 

hari ni hari pertama di dalam tahun 2010..hehehe...bila imbas balik tahun 2009, terlalu banyak perkara yang telah melengkapkan kisah suka duka dalam hidup saya..(tetiba terkenang peristiwa lama) jom kte zassss~

antara perkara2 yang saya xboleh lupa :

1. 12.3.2009 ~ masa 2 kami semua berkumpul kat rumah sewa madi..bakar2 ayam, mkan nasi lemak, buat 'coslow' dan potong kek yg 1/2kg ramai2...ohhh~rindunyer part minta maaf sesama sebelum g latihan mengajar~

2. masa praktikel kat smk mambau...terlalu banyak peristiwa yang berlaku...suka, duka, gembira. tertekan dan mcm2 lagik la...oooo~paling tak boleh lupa bila kami diserang sesuatu yang tak boleh dilihat dengan mata kasar...huissss~takutnyer~ masa ni juga saya diuji dengan ujian yg terlalu berat...oh~biarlah...saya sudah mula melupakan sedikit demi sedikit...dunia ini hanya pinjaman bukan? buat farhana, nurul, fais, tarmizi, cikgu ros, cikgu lee, cikgu shely dan kwan2 di mambau, terlalu banyak kenangan yg membuatkan saya rindukan kamu semua

3. sg congkak..1st time saya drive dalam muatan yg ramai..hehehe...tp sampai gak kat sane..terima kasih ye kekawan sebab melantik saya menjadi pemandu kamu!!!! =)

4.family saya bersatu kembali dalam suasana hari raya pertama =) memang benarlah seperti apa yg tercatat T_T

5.saya mendapat kerja tetap sbg seorang guru di smk seri serdang..alhamdulillah~tp dalam kesyukuran ini, saya agak terkilan kerana ada kawan2 yg masih menunggu jawapan yang tidak pasti...haih~

6. saya ada Arissa Sofea Muhd Zahid dan Mohd Sharizal Boahari yang benar2 menggembirakan hidup saya..semoga kebahagiaan ini akan semakin bertambah..terima kasih ALLAh

dan buat semua~semoga 2010 akan memberikan sinar baru dalam hidup kita..