Sabtu, 11 Februari 2012

pencarian

Reaksi: 
ALLAH engkau dekat, penuh kasih sayang
tak kan pernah engkau membiarkan hambaMu menangis
kerana kemurahanMU kerana kasih sayangMU

hanya bila diriMU ingin nyatakan cinta
pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasihMU
Kau yang selalu terjaga
yang memberi segala
**

hari tu, saya ziarah sahabat yang selalu bersama
perbezaan umur yang ketara,tak membuatkan kami berbeza
sayu hati bila saya dalam dakapannya
sebak melihat linangan air matanya 
tersentuh mendengar bait-bait ceritanya

luluh hati melihat..apatah lagi yang merasa
sungguh..saya tersentuh
terkesan seketika
YA ALLAH, tak ternilai harganya nikmat yang Kau berikan padaku
terasa malu..terkadang meminta lebih dari yang mencukupi

 jelas di depan mata..betapa kecewanya dia
betapa sedihnya dia
perlahan..kami memeluknya
erat.kejap
YA ALLAH, hapuskanlah kedukaanya,kesedihanya
sungguh..tak sanggup kami lihat kesedihan ini berpanjangan

sahabat, bersabarlah atas dugaan ini

*****
tertarik dengan kata2 salah seorang pendakwah
"biar liar mencari syurga, jgn jinak mencari neraka"
~astafirullah~