Jumaat, 20 Januari 2012

i love u tecer

Reaksi: 
tersentap!
wahhh..siapakah yg seberani mcm gaban?
saya buat2 tak tahu
seseorang menepuk bahu saya
!!!
mahu ditempelengkah insan ini?

saya toleh belakang
insan yang cukup popular di sekolah
tecer..i love u
siap2 buat flying kiss
saya gelak
take care ye baby
dia malu~ok tecer..bye

setahun yang lalu
dia ckup hebat
dia cukup terkenal di kalangan guru
kaki ponteng
kaki auta
kaki tipu
kaki lawan guru
seme kaki dia pulun

kebetulan pada masa yang sama
saya masih dalam jawatankuasa disiplin sekolah
yeah..sangat pening nk cari jalan keluar
tapi
potfolio ni saya xpegang
cikgu lain yang pegang..agak pusing kepala jugak la nk jinak kan dia
marah : xjalan
gantung : xjalan
rotan : xjalan

dipendekkan cerita, saya dapat relief kelas dia
1 IKHLAS
kebetulan dia ada..saya panggil dia ke depan..duduk sama dengan saya
sama2 satu baris..satu meja
yang lain saya bekalkan dengan bahan relief

saiz badan,dia selayaknya berumur 20an
dari segi pemikiran dia masih kanak2 di bawah umur sebenar
saya bagi dia sapu tangan..berpeluh2 dia berlari dari hujung ke hujung
ye la..budak nakal, mana reti duduk diam

saya tanya dia tentang keluarga
tentang aktiviti harian
tanya tentang kawan2
sesuatu perlu dibuat untuk baiki dia

hati berbisik : saya tak mampu nk bentuk dia jd pintar, tapi mungkin mampu bentuk dia jadi manusia

~setahun sudah berlalu~
dia kini di 2 IKHLAS
saya mengajar dia subjek elektif
yea..dia selalu tunggu saya depan pintu
dia selalu duduk depan meja saya
dia selalu berpakaian kemas
dia selalu duduk dalam kelas
dia selalu mengambil buku2 saya
paling..paling..paling best
dia akan marah kawan2 dia bila kawan2 dia ingkar arahan saya
senang kan?jimat suara..
dan perubahan dia disenangi guru2 yg lain

 tabiat dia yg saya tak jumpa pada yg lain,
tiap kali nk balik, dia akan lambai saya di celah2 tembok batu
bye2 tecer..i miss u

siapa dia?
NAVIN KUMAR yang saya panggil dia baby
^^
kenapa baby?
sbb dia akan malu
bila dia malu, dia akan duduk diam dan dengar kata

kadang2 saya terfikir
anak2 zaman sekarang, sangat kekurangan perhatian
sangat kekurangan masa berkomunikasi dengan keluarga
sangat..sangat..sangat perlukan kasih syg
dan
untuk menjadikan dia betul2 manusia
hatinya perlu kita sentuh 
tak percaya?
cubalah~

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat  
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat  
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

suami?sangat memahami
saya milik masyarakat sama seperti dia
^^