sape2 yang tak siap pembetulan, saya tak mahu lepaskan rehat.dok kat bengkel dengan saya dan makan biskut saja..nak????
aiman duduk semeja dengan saya, bersungguh2 dia menulis walaupun agak perlahan...sengaja saya dudukan dia di sebelah saya..sebab mulut dia mmg tak kisah berkata2 24 jam seharian..ni kira dendaan manja2 dari saya
kkkkrrrriiiinnnnnggggggggg
waktu rehat tiba, saya duduk di pintu bengkel, saya check buku seorang demi seorang..okeh..seme lepas tapi aiman tak mahu rehat dia kata
cikgu, saya nak tanya satu soalan boleh ?tapi ni cikgu dan saya saja ye
saya mengangguk perlahan, saya lepaskan seorang demi seorang termasuk dinesh yang selalu bekalkan saya gula2..terima kasih ya Dinesh
cikgu, kenapa orang perempuan kuat menangis?tak malu ke bile org nampak?
awak nampak siapa yg menangis aiman?
ade la cikgu~dia tersengih2 barangkali teringatkan sesuatu
saya pandang aiman, air mata bukan tanda kelemahan tapi sebenarnya satu kurniaan Allah tau. Air mata ni banyak khasiatnya...org putih kata TEARS ARE PERFECT EYEDROPS
ape 2 cikgu
okeh salah satu dia menangis, dia nak sihat, nak bersihkan mata.
ooooo~ macam 2 saya boleh nangis la??emm cikgu menangis?
saya mengangguk..aiman tersenyum..lama dia pandang saya..kemudian dia kemas buku dan minta izin keluar rehat. saya tulis sesuatu di atas kertas...."ternyata air mata tidak selamanya menjadi simbol kelemahan, di dalamnya terdapat kekuatan yang ada daya perubahan yang luar biasa"...okeh. satu ingatan yang baik untuk diri saya :)