Rabu, 15 Jun 2011

: ini jawapan yang perlu kamu tahu :

budak tak berapa comel : cik siti, nape blog cikgu x tulis dalam BI?
cik siti comel : BI?
budak tak berapa comel : bahasa inggeris la cik siti
cik siti comel : awak tgok saya ni ade rupa org new castle ke? (tersebut2 sebab kawan saya baru bagi ole2 dari sana)
budak tak berapa comel : takde..macam org industan ade lah (okeh, tipu, saja tambah2)
cik siti comel : saya tak reti nak cakap BI 

saya tinggalkan dia..dalam hati dah terasa panas..masuk dalam bilik guru, saya jumpa kawan sembang ( kebetulan, harini saya 4 masa sahaja..adela sikit masa nk bernafas)

saya ceritakan eksiden tadi..terkekek2 die..

alasan saya :

1. Saya ajar peralihan : majoriti tak tahu berbahasa melayu walaupun dah 13 tahun jadi warganegara MALAYSIA dan duduk di MALAYSIA

2. Saya ajar BAHASA MELAYU peralihan : tiap kali buat latihan, minta saya explain dalam bahasa cina/bahasa tamil..padahal saya ajar BAHASA MELAYU

3. Saya selalu belajar bahasa cina& bahasa tamil : mereka sangat suka bila saya boleh bercakap dalam bahasa mereka..siap nak datang awal sebab nak ajar saya bercakap bahasa ibunda mereka

4. Saya belek data SAP untuk peperiksaan pertengahan tahun, graf BAHASA INGGERIS lebih tinggi berbanding graf BAHASA MELAYU

bukan nak kata saya anti bahasa inggeris..malah saya galakkan anak2 saya untuk menguasai lebih daripada satu bahasa..tapi janganlah kerana terlalu mahu mengejar & mahu menguasai sampai sanggup membunuh bahasa sendiri..sampai tak nampak moleknya bahsa sendiri..sampai meletakkan bahasa sendiri kat hujung kaki...saya tak suka :(

saya tak salahkan sapa2 tapi janganlah hina kawan2 yang cuba belajar bahasa melayu sebagai orang yang kolot~ saya sangat2 kecewa..tolong ye syg..jgn sakiti hati 'dia' selagi 'dia' tak sakiti kamu