Jumaat, 9 Disember 2011

picit kutu

ahhh..terkedu seketika
ada ketikanya saya terkejut

ini bukan rupa suami saya

kisah suami curang
kisah suami dayus
kisah suami tidak tahu erti tanggungjawab
 terlalu kerap saya dengar
al-kulliah, semanis kurma, tanyalah ustad
errr...dlm maharaja lawak pun ada

..
seorang rakan mengadu nasib
hampir 6 tahun berkongsi hidup
bak kata orang suka duka diharungi bersama
~
ahh..terlalu mudah berpaling kasih
terlalu mudah melupakan
terlalu mudah melanggar janji
 terlalu mudah..terlalu mudah

petah mulutnya mengadu nasib
ligat air matanya membasahi pipi
ahhhh
terharu seketika,..adakalanya turut sama bergenang air mata
ya..saya sangat EMOSI
tapi saya percaya
:ALLAH tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan:

saya tak mahu mendabik dada dan berkata
:AKULAH PALING BAHAGIA:
bohong!bukan manusia namanya kalau tidak diuji
rumah mana yang tidak akan ditiup angin
lautan mana yang tidak bergelora

apa yang saya buat, 
saya minta dia berkomunikasi secara beralah
saya minta dia mengadu pada ALLAH
saya tak mampu untuk berkongsi pengalaman
dalam usia perkahwinan baru mencecah usia bayi 
yang belum tahu merangkak, berjalan apatah lagi berlari

buat sahabat, 
harungilah ujian ALLAH dengan tabah dan sabar
insyaAllah
andai dia tercipta untukmu
pasti dia akan tetap milikmu
~

buat sahabat juga
hargailah isterimu selagi belum terlambat
T_T

SAYA SANGAT EMOSI
APATAH LAGI KEDUA-DUANYA
SAHABAT BAIK SENDIRI
DITELAN MATI KUTU
DILUAH JADI KUTU

motif jadi kutu??