saya malas nak amek port kat bawah
saya dok atas pentas
waaahhhh~setelah sekian lama tak merasa
dan terasa seperti artis terpopular di Malaysia
ceh...perasan
bila tiba sesi tazkirah,
saya dipelawa oleh ustad
wah~ saya senyum comel
tak mahu la pak ustad..belum layak ~
(ustad senyum kambing. jahat!)
tazkirah kali ni betul-betul menarik minat
minat yang mencurah2 ke ladang gandum
:)) kisahnye berkaitan tentang tetamu..
Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:
- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis
- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.
- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.
- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.
- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan
- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.
- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan tidak bermegah-megah
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).