Rabu, 12 Ogos 2009

saya dan tempohari

arissa pun ikut berkonvo tau~

hijau itu damai

1..2..3..tenyum =)



saya dan tempohari tau...bukan johari mahupun zahari..dalam gelak, santai dan gembira saya terpandangkan pasangan suami isteri yang berusia sekitar 60an yang duduk di bawah pokok menanti kehadiran anaknya..lama saya perhatikan..sempat jugak saya melemparkan senyuman..dalam pada itu saya terfikir..kenapa agaknya anak pasangan terbabit sanggup menghabiskan masa bergambar, berkongsi kegembiraan bersama kawan2 yang lain sedangkan pasangan tersebut lebih layak mendapatkannya..kenapa ya???mak dan abah yang ada disebelah saya perhatikan...riak wajah di muka mereka dah membuatkan saya memujuk hati untuk tidak terlalu excited untuk berlari mendapatkan kawan2 kerana esok masih ada kan??

sebelum saya ke gerai makan, ada seorang kawan lama sapa saya dan tanya..."siti, ko nak kawin eh pasni??" saya senyum dan cakap "ko ader calon untuk aku?" dia diam dan senyum.mata dia menjeling pada jejaka disebelahnya..hahahaha keciknyer UPM ni kan???


abg ngah saya telahpun korbankan sesuatu~hehe

esoknya saya dan kawan2 pulun jalan ke dengkil-cyberjaya-putrajaya...sebelum 2 sempat juga saya ke KLIA =)..kalau ikutkan realitinya malas nak pulun jalan sebab penat dan rasa tak larat nak drive laju2 tapi untuk harga sebuah kenangan kenapa saya harus berkira kan??? terima kasih Ya Allah kerana membenarkan kenangan itu hadir dalam memori saya..terutamanya ketika di restoran padi house,cyberjaya =)